Tuesday, May 8, 2018

Frog VLE : Gambar bergerak yang lebih menarik


Sangat Mudah.

Hanya perlu ke Google dan muatturun gambar beranimasi
dengan sambungan .GIF.

Muatnaik gambar tersebut dengan
menggunaakan widget Media.

Selesai.

Pesanan : Jangan terlalu banyak pergerakan,
Ini akan mengganggu tumpuan pembaca dan pelawat Laman maya anda!

Frog VLE : Semakan KPI Login Unik Pengguna


Isu yang timbul ialah apabila pengguna
tidak tahu Unique Login telah diambilkira atau belum
meskipun telah beberapa kali login dan
hal ini menyebabkan pengguna enggan menghampiri Frog VLE.

Hal ini hanya dapat disemak oleh Admin
yang memerlukan tempoh 24jam untuk menyemak data
sehingga maklumat Unique Login dikemaskini oleh FrogAsia.

Oleh itu Admin terpaksa mengambil inisiatif ini
bagi memudahkan pengguna menyemak adakah Unique Login
mereka telah diambilkira oleh sistem Frog VLE atau tidak.

Admin terpaksa menyediakan satu aplikasi
menggunakan Excel di mana data login sehingga SEMALAM
disediakan. Langkanya mudah,

1. Admin Login ke Akaun
2. Klik Quick Launch - Statistics - Users Login - Download Filtered Data
3. Salin nama pengguna yang telah login dan tampalkan
ke dalam fail Excel tadi.
4. Upload File ke One Drive
5. Salin Kod Embed fail dan tampal di website sekolah untuk semakan.
@ Buatkan link shortener dan hebahkan kepada semua pengguna.

* Admin harus ulang langkah di atas sekurang-kurangnya 2 hari sekali
bagi memastikan maklumat terkini.

Sebagai contoh :

Semakan Login Unik telah dikira (Sekali SHJ sebulan)oleh 1Bestarinet atau belum, sila klik


Tiada nama bermaksud KPI telah tercapai.

Monday, May 7, 2018

Frog VLE : Hebahan Semakan Maklumat Login



PAUTAN 1
Semakan Login Unik telah dikira (Sekali SHJ sebulan)oleh 1Bestarinet atau belum, sila klik

https://goo.gl/FhL8Ci

Tiada nama bermaksud KPI telah tercapai.

Sekiranya ada nama, sila ke :

PAUTAN 2
Tidak tahu @ terlupa katalaluan & ID, klik pautan di bawah dan gunakan No. K/P pelajar@guru tanpa "-", tekan <enter>

https://goo.gl/NNg674

Gunakan ID dan katalaluan di atas untuk log in di :

PAUTAN 3
Login ke Frog VLE di
http://jee2043.1bestarinet.net

Maklumat lanjut boleh diperolehi di:

PAUTAN 4
Website SM Sains Johor
http://www.sciencejohor.com

Sunday, May 6, 2018

Frog VLE : Semakan ID dan Katalaluan


Permasalahan yang acapkali diutarakan ialah
guru, pelajar dan penjaga terlupa ID Frog VLE memandangkan
mengikut sistem antarabangsa, nama ibubapa menjadi perkataan pertama
ID Frog kita. Paparan secara manual
di Bilik Abad Ke-21 mahupun Bilik Bestari sangat berisiko
kerana mudah diperolehi oleh orang awam.


Oleh itu, satu aplikasi ringkas dibangunakan
agar semakan ID dan katalaluan boleh dibuat di mana-mana sahaja
asalkan pelajar, guru dan ibubapa mempunyai pautan ke aplikasi ini.

Sekiranga menggunakan Google Drive, paparan adalah menggunakan 100% Sheet
dan amat tidak relevan kerana Column yang tiada kaitan juga dipaparkan.
Oleh itu, kami menggunakan One Drive untuk memuat naik dokumen berkaitan.

Langkahnya mudah,

1. Muat turun maklumat semua pemilik akaun Frog VLE
terutama No. kad Pengenalan, ID dan Katalaluan.
(Boleh minta daripada PKG maklumat ini kerana 1Bestarinet fasa 2
menghalang admin memuatturun maklumat katalaluan dan No. kad Pengenalan)

2. Tampal semua maklumat pada fail excel
3. Buka New Sheet pada tab bersebelahan dan susunkan maklumat
seperti contoh di atas.
4. Gunakan formula mudah Excel untuk mengesan maklumat

Contohnya :
Apabila No. Kad Pengenalan ditaip dan <enter> ditekan,
cari maklumat padanan ID, dan Katalaluan menggunakan VLOOKUP

[=IF(B4="";"";VLOOKUP(B4;teacher!A0001:L1000;2;FALSE))]

B4 - Ruang No. kad Pengenalan dimasukkan oleh pengguna
teacher - Nama tab di mana data No. K/P, ID dan katalaluan berada
A0001 : L1000 - Column untuk mencari padanan maklumat pada tab data

Maka, apabila No. K/P dimasukkan,
Baris di bawahnya akan paparkan ID dan katalaluan.


5. Setelah selesai, upload fail Excel tersebut ke akaun One Drive
dan salin kod embed column tersebut. Tampalkan di mana-mana
sahaja Kod Embed tersebut untuk semakan.
Sediakan juga pautan / link menggunakan shortener.

Harus diambil perhatian!!!
Sekiranya terdapat pengguna menukar katalaluan,
maka aplikasi ini perlu dikemaskini dengan memuatturun
maklumat pengguna Frog VLE (Export) dan tampal
maklumat ke dalam File Excel di dalam One Drive.

Amalkan sekali setiap minggu jika perlu.

Maka tiada lagi alasan para guru terlupa ID @ Holiday untuk Login.


Sebagai contoh:

Tidak tahu @ terlupa katalaluan & ID, klik pautan di bawah dan gunakan No. K/P pelajar@guru tanpa "-", tekan <enter>


Gunakan ID dan katalaluan di atas untuk log in di http://jee2043.1bestarinet.net


Semoga Sukses!

Saturday, May 5, 2018

Frog VLE : Menghantar Posts Ke Portal Individu menggunakan Frog SNAP


Semua Telah tahu kewujudan Aplikasi Frog SNAP.

Sebenarnya aplikasi ini sangat membantu untuk mengemaskini
Portal pelajar dan guru tanpa perlu login ke Frog VLE.


Setelah bangunkan Portal Individu @ apa-apa Site,
Hanya perlu tambahkan Widget Timeline pada Laman Maya anda.


Kemudian,

1. Buka Aplikasi Frog SNAP
(Hanya setting URL Frog Sekolah, ID dand katalaluan untuk Aktifkan)
2. Ambil gambar @ pilih gambar dari Galeri Telefon Bimbit
3. Gunakan aplikasi untuk edit gambar (sekiranya perlu)
4. SHARE gambar
5. Pada Sites, pilihla nama Site di mana Gambar hendak dimuatnaik.
6. gamabr anda akan dipaparkan pada Timeline Site tersebut.

TAHNIAH Site anda telah di kemaskini!

(Namun begitu,
anda disarankan agar memastikan
KPI Unique Login Tercapai juga
dengan login menggunakan URL sekolah masing-masing)

Friday, May 4, 2018

Frog VLE : Sediakan Site Peribadi untuk Setiap Guru dan Pelajar untuk Paparan Umum



Seperti biasa, isu yang sama timbul apabila
Para Pelajar dan Guru terlalu rajin kemaskini Dashboard
tetapi hanya mereka yang boleh melihat isi kandungannya,

Tidak seperti facebook, istagram dan twitter,
setiap apa yang mereka muat naik
dapat dikongsi bersama rakan, taulan dan ibu bapa.

Langkah bijak yang boleh diambil
bagi menangani isu ini ialah

Admin bina satu Site Khas yang ringkas,
dan SHARE site secara Public dan pelajar/guru tersebut
sahaja yang boleh VIEW & EDIT.

Jangan lupa tukarkan pautan Site kepada
nama/ID pelajar tersebut tanpa simbol dan @yes.my
agar mudah ditaip pada address pelayar internet.

Contohnya:
http://jee2043.1Bestarinet.net/mazharnf

Duplicate SITE tersebut untuk Pelajar/guru lain.

Pelajar dan Guru boleh mengesan Site Peribadi mereka
untuk dikemaskini melalui beberapa cara.


Setelah Login Frog VLE, 

1. Klik Butang Timeline, dan terdapat Pautan Site dengan Nama Individu.
2. Search nama atau frog ID di sebelah HOME
3. Taip sahaja di address pelayar pautan individu dan ID /mazharnf

Buat masa ini, agak menyukarkan Admin
kerana terpaksa Duplicate setiap satu SITE untuk semua
pemilik akaun Frog VLE di sekolah.

Tidak mengapa asalkan ada yang dapat diusahakan, InsyaAllah.

Bagi memastikan orang awam, pelajar dan Guru
dapat mencari Portal Peribadi setiap Pelajar dan Guru,
Admin boleh membuat pautan pada
Laman Web Sekolah agar semua pihak maklum.

Dan Jangan Lupa untuk membuat Hebahan agar
semua pelajar dan Guru kemaskini Portal Peribadi masing-masing.
Maklumkan juga pengguna lain seperti Alumni dan ibu bapa tentang
wujudnya Portal peribadi warga sekolah untuk
mengenali mereka dengan lebih rapat.

Bertabahlah!

Thursday, May 3, 2018

Frog VLE : Menjadikan Dashboard Sekolah sebagai Laman Web Rasmi Sekolah


Memandangkan Semua yang para admin kemaskini di dalam
Dashboard Admin Sekolah tidak dapat dikongsi bersama orang awam
ataupun tidak boleh dijadikan 'Public'
adalah disarankan agar kita membangunkan 'Site' tambahan
sebagai 'sidekick' kepada permasalahan di atas

Tekniknya sangat Mudah.

1. Login Admin
2. Klik Quick Launch - Sites - New - Create Sites

Bangunkan Satu Site Khas yang akan menjadi Laman Web Sekolah Frog VLE-Based>

Pastikan Tags atau namanya mudah dikesan seperti WEB, WEBSITE, UTAMA
agar mudah untuk dikesan dalam pencarian.

Setelahs selesai, jangan lupa untuk SHARE Site di atas sebelah kiri.
Kongsikan Site anda kepada Awam dan tukarkan kod sambungan agar mudah
dicari.

contohnya : http://jee2043.1Bestarinet.net/sciecnejohor

dan sesiapa sahaja boleh akses kepada Site ini
di mana-mana sahaja di dalam dunia yang ada internet.

Bagi sekolah yang mempunyai web rasmi,
Login sahaja ke Control Panel web, alihkan alamat website rasmi sekolah
ke Laman Web Frog VLE-Based
untuk mengurangkan beban tugas guru melakukan perkara sama
berulang kali.

Adalah dinasihatkan para guru untuk membuat salinan @ back up
kandungan website Frog VLE kerana kita tidak tahu
berapa lama Tempoh Hayat Frog VLE.

Saya menggunakan Blogspot sahaja untuk semua Berita Penuh,
dan sneak peek sahaja di Laman Web bagi mengelakkan Kesesakan Trafik.


Sebagai contoh,
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik Galeri Sekolah

Selesai.