Sunday, May 6, 2018

Frog VLE : Semakan ID dan Katalaluan


Permasalahan yang acapkali diutarakan ialah
guru, pelajar dan penjaga terlupa ID Frog VLE memandangkan
mengikut sistem antarabangsa, nama ibubapa menjadi perkataan pertama
ID Frog kita. Paparan secara manual
di Bilik Abad Ke-21 mahupun Bilik Bestari sangat berisiko
kerana mudah diperolehi oleh orang awam.


Oleh itu, satu aplikasi ringkas dibangunakan
agar semakan ID dan katalaluan boleh dibuat di mana-mana sahaja
asalkan pelajar, guru dan ibubapa mempunyai pautan ke aplikasi ini.

Sekiranga menggunakan Google Drive, paparan adalah menggunakan 100% Sheet
dan amat tidak relevan kerana Column yang tiada kaitan juga dipaparkan.
Oleh itu, kami menggunakan One Drive untuk memuat naik dokumen berkaitan.

Langkahnya mudah,

1. Muat turun maklumat semua pemilik akaun Frog VLE
terutama No. kad Pengenalan, ID dan Katalaluan.
(Boleh minta daripada PKG maklumat ini kerana 1Bestarinet fasa 2
menghalang admin memuatturun maklumat katalaluan dan No. kad Pengenalan)

2. Tampal semua maklumat pada fail excel
3. Buka New Sheet pada tab bersebelahan dan susunkan maklumat
seperti contoh di atas.
4. Gunakan formula mudah Excel untuk mengesan maklumat

Contohnya :
Apabila No. Kad Pengenalan ditaip dan <enter> ditekan,
cari maklumat padanan ID, dan Katalaluan menggunakan VLOOKUP

[=IF(B4="";"";VLOOKUP(B4;teacher!A0001:L1000;2;FALSE))]

B4 - Ruang No. kad Pengenalan dimasukkan oleh pengguna
teacher - Nama tab di mana data No. K/P, ID dan katalaluan berada
A0001 : L1000 - Column untuk mencari padanan maklumat pada tab data

Maka, apabila No. K/P dimasukkan,
Baris di bawahnya akan paparkan ID dan katalaluan.


5. Setelah selesai, upload fail Excel tersebut ke akaun One Drive
dan salin kod embed column tersebut. Tampalkan di mana-mana
sahaja Kod Embed tersebut untuk semakan.
Sediakan juga pautan / link menggunakan shortener.

Harus diambil perhatian!!!
Sekiranya terdapat pengguna menukar katalaluan,
maka aplikasi ini perlu dikemaskini dengan memuatturun
maklumat pengguna Frog VLE (Export) dan tampal
maklumat ke dalam File Excel di dalam One Drive.

Amalkan sekali setiap minggu jika perlu.

Maka tiada lagi alasan para guru terlupa ID @ Holiday untuk Login.


Sebagai contoh:

Tidak tahu @ terlupa katalaluan & ID, klik pautan di bawah dan gunakan No. K/P pelajar@guru tanpa "-", tekan <enter>


Gunakan ID dan katalaluan di atas untuk log in di http://jee2043.1bestarinet.net


Semoga Sukses!

No comments:

Post a Comment