Friday, May 4, 2018

Frog VLE : Sediakan Site Peribadi untuk Setiap Guru dan Pelajar untuk Paparan Umum



Seperti biasa, isu yang sama timbul apabila
Para Pelajar dan Guru terlalu rajin kemaskini Dashboard
tetapi hanya mereka yang boleh melihat isi kandungannya,

Tidak seperti facebook, istagram dan twitter,
setiap apa yang mereka muat naik
dapat dikongsi bersama rakan, taulan dan ibu bapa.

Langkah bijak yang boleh diambil
bagi menangani isu ini ialah

Admin bina satu Site Khas yang ringkas,
dan SHARE site secara Public dan pelajar/guru tersebut
sahaja yang boleh VIEW & EDIT.

Jangan lupa tukarkan pautan Site kepada
nama/ID pelajar tersebut tanpa simbol dan @yes.my
agar mudah ditaip pada address pelayar internet.

Contohnya:
http://jee2043.1Bestarinet.net/mazharnf

Duplicate SITE tersebut untuk Pelajar/guru lain.

Pelajar dan Guru boleh mengesan Site Peribadi mereka
untuk dikemaskini melalui beberapa cara.


Setelah Login Frog VLE, 

1. Klik Butang Timeline, dan terdapat Pautan Site dengan Nama Individu.
2. Search nama atau frog ID di sebelah HOME
3. Taip sahaja di address pelayar pautan individu dan ID /mazharnf

Buat masa ini, agak menyukarkan Admin
kerana terpaksa Duplicate setiap satu SITE untuk semua
pemilik akaun Frog VLE di sekolah.

Tidak mengapa asalkan ada yang dapat diusahakan, InsyaAllah.

Bagi memastikan orang awam, pelajar dan Guru
dapat mencari Portal Peribadi setiap Pelajar dan Guru,
Admin boleh membuat pautan pada
Laman Web Sekolah agar semua pihak maklum.

Dan Jangan Lupa untuk membuat Hebahan agar
semua pelajar dan Guru kemaskini Portal Peribadi masing-masing.
Maklumkan juga pengguna lain seperti Alumni dan ibu bapa tentang
wujudnya Portal peribadi warga sekolah untuk
mengenali mereka dengan lebih rapat.

Bertabahlah!

No comments:

Post a Comment