Tuesday, May 8, 2018

Frog VLE : Semakan KPI Login Unik Pengguna


Isu yang timbul ialah apabila pengguna
tidak tahu Unique Login telah diambilkira atau belum
meskipun telah beberapa kali login dan
hal ini menyebabkan pengguna enggan menghampiri Frog VLE.

Hal ini hanya dapat disemak oleh Admin
yang memerlukan tempoh 24jam untuk menyemak data
sehingga maklumat Unique Login dikemaskini oleh FrogAsia.

Oleh itu Admin terpaksa mengambil inisiatif ini
bagi memudahkan pengguna menyemak adakah Unique Login
mereka telah diambilkira oleh sistem Frog VLE atau tidak.

Admin terpaksa menyediakan satu aplikasi
menggunakan Excel di mana data login sehingga SEMALAM
disediakan. Langkanya mudah,

1. Admin Login ke Akaun
2. Klik Quick Launch - Statistics - Users Login - Download Filtered Data
3. Salin nama pengguna yang telah login dan tampalkan
ke dalam fail Excel tadi.
4. Upload File ke One Drive
5. Salin Kod Embed fail dan tampal di website sekolah untuk semakan.
@ Buatkan link shortener dan hebahkan kepada semua pengguna.

* Admin harus ulang langkah di atas sekurang-kurangnya 2 hari sekali
bagi memastikan maklumat terkini.

Sebagai contoh :

Semakan Login Unik telah dikira (Sekali SHJ sebulan)oleh 1Bestarinet atau belum, sila klik


Tiada nama bermaksud KPI telah tercapai.

No comments:

Post a Comment